Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Pantai Teluk Chempedak, Kuantan.

"Post ni patutnyer publish bulan 12 lagi, sebab tak der masa aku delay sampai la bulan satu.. Anak2 sedara aku dah masuk skool balik dah hahahaa..."


     Cuti sekolah datang lagiiii... yeayyy.. hahahaa... macam aku lak yang cuti. Anak2 buah aku semua dah tak sabar nak merasa mandi laut terutama Hisyam (abg long), so akak aku bercadang pergi ke Teluk Chempedak, Kuantan sempena cuti sekolah + cuti raya haji ni. Bertolak la kami satu kereta ke sana. Enjoy tul la tgk anak2 sedara aku mandi, seronok diorang.. (aku pon seronok sama mandi ngan diorang)









Entah menara aper la yang tercipta nih! hahaha..






Massage timee...


Bekal kami untuk hari itu.. wakaka.. mana cukupp..


Mak bapak penakut air, anak hantu air.. berjemur la korang berdua hik hik..


Entah gambar aper la abg ipor ku amik nih.. takkan gambo pakcik botak tu kot..


     Lepas penat bermandi-manda selama 3-4 jam sampai muka sorang2 dah naik merah+itam dah, kami menuju ke Tanjung Lumpur untuk makan tengah hari kat gerai kegemaran kami. Aku dah terbayang2 dah dapat makan seafood celup tepung yang terkenal kat gerai diorang. Tup tup.. kedai diorang tutup sebab cuti Hari Raya Haji.. Mak datokkk... frust betoi kami time tu.. Alih2 kami pergi makan kat Benteng. Dah lama tak gi makan kat sana, banyak yang dah berubah, ada yang makin elok dan ada yang makin teruk.




Last picture taken @ Benteng, Kuantan before heading back to Mentakab.

Tuesday, August 31, 2010

Deerland Park, Lanchang Pahang.

Assalamualaikum.

     Hari ni adalah hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53, Selamat Hari Merdeka Malaysia. Aku tak gi memana pon, just lepak kat rumah sambil belek2 photo lama. Belek punyer belek, terjumpa la gambar2 lama kat lam kotak terperuk kat lam bilik bujang aku ni. Gelak sensorang aku tgk gambar2 ni sampai la aku terjumpa balik gambar waktu aku n kakaks aku pergi ke Deerland Park lam 6 @ 7 tahun lepas. Tempat ni dekat sangat2 ngan Kuala Gandah Elephant Sanctuary (which is our next stop) Apa lagi, untuk mengisi masa lapang aku ni, aku scan la gambar2 tu. Actually, aku dah lupa sangat dah pengalaman pergi kat situ, so aku ceritakan la yer serba sedikit yang aku ingat.

First, kami tengok Sun Bear ni. Penjaga beruang (uncle ngan topi koboi tu, tak silap aku nama En. Abdullah) bagitau yang sun bear ni baru jer berumur lam 1 tahun lebih kurang and nama dia Muda. Tgk anak saudara aku Hisyam, cute kan!!


Kakak aku cam happy jer dapat peluk Baby bear tu, tapi sebenarnya punya la duk menahan nafas tu. Bau nyer masyaAllah.. Kami bernasib baik sebab semasa kami sampai tu adalah time menyusu untuk Muda tu..


Tuu.. diaaa... aksi spesel dari Muda. Panjat.. jangan tak panjat..


Lepas tu kami pergi la bagi makan kat Deer2 ni.. lapar betul diorang ni. Gelojoh sungguh aku tgk sekor2. Kalau tak silap aku la, deer ni adalah jenis Indonesian Deer (kalo tak silap la).


Next stop, ostrich!! takder la banyak sangat ostrich kat sini. Lam 4-5 ekor jer waktu tu. Nasib baik orang tak ramai waktu tu (actually time tu tempat ni lom terkenal lagi, lom pernah masuk TV lagi hehe)


Me & my sis feeding the ostrich.

     Itu ajer picture yang aku ada masa ke Deerland Park ni. Maklum la time tu lom mampu lagi nak beli Digital Camera ni. Save kodak punyer pasal la ni.. Sebenarnya banyak lagi spesis kat Deerland Park ni macam monyet, ular sawa (besar btui ular sawa dia, geli aku tengok hehe), arnab and banyak lagi la..

     Lepas tu kami berangkat ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary. But sadly, kami tak dibenarkan untuk masuk, tak tahu la kenapa (aku lupa la reason kenapa kami tak leh masuk waktu tu). Kami tgk dari jauh jer la. Then lepas tu kami bertolak balik ke rumah kakak aku kat Mentakab.

     Uih, sedar tak sedar dah kul 5 petang. Hmm... bukak posa hari ni nak makan aper ek?? Nak gi bazaar ujan lak kat luar tu.. Aku nak gi selongkar fridge tgk aper yang ada. Ok la, until next time. Wassalam.

Friday, March 12, 2010

Bukit Tinggi Berjaya Hills

14 Februari 2010

        Di pagi hari Sabtu, aku ngan Kak Inie memulakan langkah kami ke Bukit Tinggi Berjaya Hills. Ikutkan tak tahu sangat jalan2 kat atas sana tapi kami redah jer. Ini kali ke-2 kami ke sana. Kali pertama, keluarga Ja & keluarga Kak Da ada sekali.
        Kereta kelisa milik Kak Inie meluncur laju di Lebuhraya Pantai Timur, menempuh tol Gombak (RM 5), dan terus memanjat jalan berliku ke Bukit Tinggi. Entrance kena bayar RM 10 per kepala.

RM 10 untuk entrance ke Colmar Tropical & Japanese Village.

First destination, COLMAR TROPICAL

Sampai sana lam pukul 11.15 pagi, kami tuju ke Colmar Tropical ni. Kat sini banyak tempat cantik untuk ambil gambar.




Ni tempat angsa besar, 1st time datang angsa tu patuk tangan anak saudara aku. Kesian Addin, nangis tak berenti2.




Rasa cam model lak wakakakakaaa...



Ha.. kat sini pon ada kalo rasa nak gambar karikatur. Aku tak buat, mahal la aku tak mampu hehe.. Okay, aku nak panjat menara tu plaks.


Gambar ni aku amik dari atas menara. Huhuhu.. penat gak manjat. Tapi kalo sesiapa yang rasa tak larat nak panjat tapi terasa nak naik menara ni jangan bimbang sebab menara ni ada lift.

Meleleh air liur aku tgk kolam renang tu. Kalau dapat berendam dihari yang panas ni syok nih!







Suka betul ngan design bangunan kat sini. Bestnyer kalo rumah aku macam ni wakakaka..

Banglo saper la kat tgh2 bukit tu.. dapat tido semalam pon jadi la hehe..

Gambar ni aku snap pokok kat situ, nampak unik tol la dahan pokok tu.

Cubaan untuk meng'unik'kan gambar hehehe..

Kat bawah ni antara gambar2 yang sempat aku snap semasa kat Colmar Tropical.










Ni last picture yang aku amik semasa kat Colmar Tropical.

Second destination, JAPANESE VILLAGE


Tunggu punya tunggu punya tunggu bas asyik penuh ajer, kami amik keputusan untuk daki jer bukit tu ke Japanese Village. Kalo naik bas tu dah terlepas peluang untuk bergambar kat sini yer dak?

Syok tengok brother tu amik gambar orang, tak perasan langsung aku amik gambar dia.


Sampai kat atas sana (lelah la jugak), kami menuju ke Botanical Garden.





 





Then kami ke Japanese Garden & Japanese Tea House. Jugak melintasi Tatami Spa.






Kalau teringin nak pakai kimono, kat sini diorang kenakan bayaran RM 20 untuk pakai dan amik gambar sekali. Aku yang miskin ni setakat tengok boleh la hehe..

Dalam pukul 2.30 kami bergerak pulang, perut pon dah nyanyi lagu keroncong mintak diisi. Kalau tak kerana kelaparan, mungkin kami singgah kat Rabbit Valley tak silap aku namanya. Kat situ kuda pon ada gak. Entrance fee RM 3 sahaja. Sapa yang ada anak boleh bawak anak naik kuda kat sini. Bayaran dia aku tak ingat la plak. Rumusan aku, Bukit Tinggi ni sesuai la untuk bawak family 1 day trip.