Tuesday, August 31, 2010

Deerland Park, Lanchang Pahang.

Assalamualaikum.

     Hari ni adalah hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53, Selamat Hari Merdeka Malaysia. Aku tak gi memana pon, just lepak kat rumah sambil belek2 photo lama. Belek punyer belek, terjumpa la gambar2 lama kat lam kotak terperuk kat lam bilik bujang aku ni. Gelak sensorang aku tgk gambar2 ni sampai la aku terjumpa balik gambar waktu aku n kakaks aku pergi ke Deerland Park lam 6 @ 7 tahun lepas. Tempat ni dekat sangat2 ngan Kuala Gandah Elephant Sanctuary (which is our next stop) Apa lagi, untuk mengisi masa lapang aku ni, aku scan la gambar2 tu. Actually, aku dah lupa sangat dah pengalaman pergi kat situ, so aku ceritakan la yer serba sedikit yang aku ingat.

First, kami tengok Sun Bear ni. Penjaga beruang (uncle ngan topi koboi tu, tak silap aku nama En. Abdullah) bagitau yang sun bear ni baru jer berumur lam 1 tahun lebih kurang and nama dia Muda. Tgk anak saudara aku Hisyam, cute kan!!


Kakak aku cam happy jer dapat peluk Baby bear tu, tapi sebenarnya punya la duk menahan nafas tu. Bau nyer masyaAllah.. Kami bernasib baik sebab semasa kami sampai tu adalah time menyusu untuk Muda tu..


Tuu.. diaaa... aksi spesel dari Muda. Panjat.. jangan tak panjat..


Lepas tu kami pergi la bagi makan kat Deer2 ni.. lapar betul diorang ni. Gelojoh sungguh aku tgk sekor2. Kalau tak silap aku la, deer ni adalah jenis Indonesian Deer (kalo tak silap la).


Next stop, ostrich!! takder la banyak sangat ostrich kat sini. Lam 4-5 ekor jer waktu tu. Nasib baik orang tak ramai waktu tu (actually time tu tempat ni lom terkenal lagi, lom pernah masuk TV lagi hehe)


Me & my sis feeding the ostrich.

     Itu ajer picture yang aku ada masa ke Deerland Park ni. Maklum la time tu lom mampu lagi nak beli Digital Camera ni. Save kodak punyer pasal la ni.. Sebenarnya banyak lagi spesis kat Deerland Park ni macam monyet, ular sawa (besar btui ular sawa dia, geli aku tengok hehe), arnab and banyak lagi la..

     Lepas tu kami berangkat ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary. But sadly, kami tak dibenarkan untuk masuk, tak tahu la kenapa (aku lupa la reason kenapa kami tak leh masuk waktu tu). Kami tgk dari jauh jer la. Then lepas tu kami bertolak balik ke rumah kakak aku kat Mentakab.

     Uih, sedar tak sedar dah kul 5 petang. Hmm... bukak posa hari ni nak makan aper ek?? Nak gi bazaar ujan lak kat luar tu.. Aku nak gi selongkar fridge tgk aper yang ada. Ok la, until next time. Wassalam.

No comments:

Post a Comment