Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Kenal tak siapa ini?


     Kenalkah anda pada gambar diatas? Macam biasa lihat kan?? Heheheheee... Hari2 aku tgk pemilik rupa ni. Dan gambar beliau senantiasa berada dalam purse aku..


     Sebenarnya aku terjumpa satu entry pasal gambar ni kat FB. Rasa cam nak simpan lak.. tapi tak tahu nak save kat mana.. So, aku decide nak abadikan gambar ni kat blog aku ekekekeee... (nak tunjuk kat anak cucu.. kalo ada anak cucu nanti la..)

Friday, June 29, 2012

Back to the future!

     Korang ingat lagi tak cerita Micheal J. Fox Back To The Future? Tak ingat?? Korang lahir zaman bila? Owh 90an ek hehe.. gurau jer k! Kalo mana yang tak tahu tu check Google yer..  



     Walaupun aku ada koleksi cerita ni (I, II & III) tapi aku langsung tak ambik 'port' pasal tarikh bila si Marty ni pergi ke masa depan. Cuba korang tengok tarikh kat gambar dibawah... Tarikh dia semalam la.. Aku perasan sekarang ni pon bila aku tengok ex-colleague aku post pasal ni kat FB dia... 


     Tapi bila aku tengok balik cerita tu, rupa2 nya kene tipu da.. Hoax mende ni.. tipah tertipu lagi. Tarikh yang sebenarnyer ialah pada 21 October 2015. Cheh! Hidup2 kena tipu hahahaa...

Lagi tiga tahun da...

     Kepada sesiapa2 yang edit ni aku just nak cakap "Nice try". Then kepada yang terus percaya tu, buat research dulu yer..

***Don't believe everything you read on Twitter, Yesterday is the anniversary of the film's release, not the date they visit.***


Tuesday, October 12, 2010

Tahukah Anda?

Artikel ni aku dapat dari member aku, just nak kongsi kat sini.

Tahukah anda.......

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

4. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

5. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

6. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

7. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

8. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

9. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

10. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

11. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku........ .....CAYALAH! !!!!!!