Thursday, September 23, 2010

The Good Old Days


    Kalo korang lebih kurang sebaya ngan aku, mesti korang tahu citer cina yang main tiap2 petang ni : The Good Old Days. Seingat2 aku, kol 6 petang ajer mesti aku tercongok kat depan tv untuk menonton citer ni. Siap sediakan tisu lagi hua hua hua... Ok, jom kita tgk dia punyer casts. Jom!!

Casts

Amy Chan                           ~ Tse Sau Hau
Steven Ma Jing Tao             ~ Fong Ho Sang
Sharon Tang                        ~ Cheung Man Fung
Gilbert Lam                         ~ Fong Ho Man
Lam Wai                             ~ Wai Sai Bong
Maggie Siu                          ~ Ding Man
Wong Jung Kwan               ~ Lok Ping
Chun Pui                            ~ Fong Sai Faan
Seung Tin Ngoh                 ~ Sek Pui Pui
Lee Heung Kam                ~ Gam Fung Ji
Bau Hei Jing                      ~ Fa Yihm Ha
Yeung Ga Nok                  ~ Jiu Saam
Wong So Fun                    ~ Ho Siu
Gam Saan                         ~ Tse Cheung
Yiu Ji Wahn                      ~ Yeung Giu
Jiu Hoi Yee                       ~ Tse Sau Lai
Mo Kei                             ~ Yeung Hok Hin

     Antara ramai pelakon kat sini yang aku paling suka ialah Amy Chan Sau Man, saper lagi kalo bukan si heroin. Suka tengok dia sebab dia sabar sangat n lembut, teringin nak jadi lemah lembut cam dia hihi.. ok, sekarang meh kita review dia punyer sinopsis lak yer..

Sinopsis
Berkisar tentang kekeluargaan, adat tradisional, cinta, persahabatan, cemburu, perperangan dan semangat patriotik. Seorang perempuan, Sau Hau (Amy Chan) adalah anak sulung berasal dari keluarga miskin tetapi kaya dengan kasih-sayang di perkampungan petani. Sau Hau sangat cantik, lembut, bertimbang rasa, penyayang, rajin, taat kepada ibu bapa, baik hati dan mempunyai pemikiran yang tradisional. Setelah beberapa insiden, ia telah diterima oleh sebuah keluarga kaya di bandar sebagai pembantu rumah dan dengan budi pekerti yang baiknya itu, dia telah menawan hati isteri tua pemilik rumah tersebut. Apabila keluarga Sau Hau dibebani dengan hutang yang banyak kerana hasil tani yang teruk, Sau Hau bersetuju untuk mengahwini anak isteri tua tersebut iaitu Ho Sang supaya Sau Hau dapat menggunakan duit hantaran perkahwinannya untuk membantu keluarganya. Tetapi Ho Sang tidak mempersetujui perkahwinan tersebut kerana dia tidak suka akan perkahwinan yang diatur. Lagi pun, Ho Sang sudah mempunyai kekasih iaitu Man Fung seorang gadis yang Ho Sang berkenalan di bandar. Tetapi, kerana sayangkan ibunya, Ho Sang terpaksa bersetuju dengan perkahwinan tersebut tetapi masih tidak menganggap Sau Hau sebagai isterinya.

Setelah beberapa ketika, Ho Sang mula mengenali hati budi Sau Hau yang baik dan dia mula jatuh hati kepada Sau Hau. Selain rasa cinta kepada isterinya, dia juga cintakan negaranya. Ho Sang pergi meninggalkan Sau Hau demi menyertai tentera. Setelah pemergian Ho Sang, Man Fung pergi ke rumah tersebut untuk menuntut haknya sebagai isteri. Setelah itu, banyak lagi kisah suka duka yang harus ditempuhi oleh Sau Hau sebagai isteri Ho Sang. Tetapi Sau Hau tetap setia menunggu kepulangan Ho Sang yang hilang ketika berperang tapi sebenarnya telah hilang ingatan dah jatuh cinta dengan jururawat. Akhirnya, Ho Sang pulang ke pangkuan Sau Hau untuk hidup bersama Sau Hau selama-lamanya.. Paling suka ending part dia, bila Sau Hau dan Ho Man duduk kat satu pondok and ingat balik kenangan2 dulu.

The Good Old Days OST

     Ni bab yang aku suka hehehe... dulu siap hafal lagu opening dia, selalu kena marah ngan arwah mak aku dulu.. katanya pelajaran tak nak hafal, lagu cina ni leh lak hafal satu2 hehehee..

Opening theme song : Glorious Sun - dinyanyikan oleh Amy Chan sendiri.
Closing theme song  : Behind All Woman - pon dinyanyikan olah Amy Chan sendiri.

Ada masa nanti aku try la upload dua2 lagu ni k, skang ni aku tgh belajar camner nak embed mp3 kat blog huhu..

     Ini antara drama cina yang menjadi kegilaan aku diwaktu remaja aku dulu. Aku rasa ada gak orang2 kat luar sana tu pon cam aku, suka kat citer ni. Selepas berbelas2 tahun, NTV7 tayang balik citer ni dalam bulan April 2010 (kalo tak silap aku la), dari kol 1.30PM to 2.30PM. Sayangnyer diorang tayang opis hour, aku sempat tgk 1/2 jam ajer melalui TV hp aku. Kol 2 dah tak leh tgk dah, cukup tak puas hati aku huh! Tapi bila tgk balik citer ni teringat kenangan ngan arwah mak aku, sebab kadang2 dia pon joint aku tgk citer ni.

Antara pelakon2 citer ni


Romantiknyerrrr... suka suka suka...

     Setakat ini sajalah untuk kali ni, nanti karang aku melalut entah kemana lak hihihiii... Adios!

5 comments:

  1. Hi saya nak tanya yang awk boleh tak hantar lagu2 ost the good old days ke email saya, sebab agak susah nak cari di internet dan download. Kalau boleh terima kasih ya, email address saya ialah frozenroronoaz@hotmail.com. harap mendengar drp anda secepat munking. tq

    ReplyDelete
  2. ye lah...skarang ni kuar balik...nak gak ost-nyer..bole tak antar kat arxid_xie@hotmail.com...susah skarang nak cari lagu ni...

    ReplyDelete
  3. Syukur akhirnya sy jmpa blog ni yg mengulas tntg drama ni. Nk jgk lh OST ni blh? Klu blh email pd sy di : bell_poah@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Citer ni ada blk la ntv8 start kul 3-4

    ReplyDelete
  5. Suka sngt cite ni...mcm mn nk tgk blk ye..

    ReplyDelete