14 Februari 2010
Di pagi hari Sabtu, aku ngan Kak Inie memulakan langkah kami ke Bukit Tinggi Berjaya Hills. Ikutkan tak tahu sangat jalan2 kat atas sana tapi kami redah jer. Ini kali ke-2 kami ke sana. Kali pertama, keluarga Ja & keluarga Kak Da ada sekali.
Kereta kelisa milik Kak Inie meluncur laju di Lebuhraya Pantai Timur, menempuh tol Gombak (RM 5), dan terus memanjat jalan berliku ke Bukit Tinggi. Entrance kena bayar RM 10 per kepala.
RM 10 untuk entrance ke Colmar Tropical & Japanese Village.
First destination, COLMAR TROPICAL
Sampai sana lam pukul 11.15 pagi, kami tuju ke Colmar Tropical ni. Kat sini banyak tempat cantik untuk ambil gambar.
Ni tempat angsa besar, 1st time datang angsa tu patuk tangan anak saudara aku. Kesian Addin, nangis tak berenti2.
Rasa cam model lak wakakakakaaa...
Ha.. kat sini pon ada kalo rasa nak gambar karikatur. Aku tak buat, mahal la aku tak mampu hehe.. Okay, aku nak panjat menara tu plaks.
Gambar ni aku amik dari atas menara. Huhuhu.. penat gak manjat. Tapi kalo sesiapa yang rasa tak larat nak panjat tapi terasa nak naik menara ni jangan bimbang sebab menara ni ada lift.
Meleleh air liur aku tgk kolam renang tu. Kalau dapat berendam dihari yang panas ni syok nih!
Suka betul ngan design bangunan kat sini. Bestnyer kalo rumah aku macam ni wakakaka..
Banglo saper la kat tgh2 bukit tu.. dapat tido semalam pon jadi la hehe..
Gambar ni aku snap pokok kat situ, nampak unik tol la dahan pokok tu.
Cubaan untuk meng'unik'kan gambar hehehe..
Kat bawah ni antara gambar2 yang sempat aku snap semasa kat Colmar Tropical.
Ni last picture yang aku amik semasa kat Colmar Tropical.
Second destination, JAPANESE VILLAGE
Tunggu punya tunggu punya tunggu bas asyik penuh ajer, kami amik keputusan untuk daki jer bukit tu ke Japanese Village. Kalo naik bas tu dah terlepas peluang untuk bergambar kat sini yer dak?
Syok tengok brother tu amik gambar orang, tak perasan langsung aku amik gambar dia.
Sampai kat atas sana (lelah la jugak), kami menuju ke Botanical Garden.
Then kami ke Japanese Garden & Japanese Tea House. Jugak melintasi Tatami Spa.
Kalau teringin nak pakai kimono, kat sini diorang kenakan bayaran RM 20 untuk pakai dan amik gambar sekali. Aku yang miskin ni setakat tengok boleh la hehe..
Dalam pukul 2.30 kami bergerak pulang, perut pon dah nyanyi lagu keroncong mintak diisi. Kalau tak kerana kelaparan, mungkin kami singgah kat Rabbit Valley tak silap aku namanya. Kat situ kuda pon ada gak. Entrance fee RM 3 sahaja. Sapa yang ada anak boleh bawak anak naik kuda kat sini. Bayaran dia aku tak ingat la plak. Rumusan aku, Bukit Tinggi ni sesuai la untuk bawak family 1 day trip.
No comments:
Post a Comment