Hari sabtu lepas (27/02/2010), belum sempat sarapan kakak aku dah bagi cadangan buat sponteneous holiday ke Bukit Cahaya a.k.a Bukit Cerakah, Shah Alam. Masing2 belum pernah sampai ke sana sebelum ini. Setelah masing2 bersiap, kami berangkat ke Shah Alam pada pukul 10.30 pagi melalui Kesas Highway. Berhenti sarapan pagi digerai tepi jalan, kemudian meneruskan perjalanan kami. Lepas ajer tol ke-dua (dua2 tol RM2.20) aku get ready cari exit ke Shah Alam.
Setelah satu jam perjalanan, kami sampai ke Shah Alam, masing2 mula gelabah kerana ini pertama kali menjejak kan tayar kereta ke Shah Alam ini. Dah la tak tahu mana letaknyer Bukit Cahaya tersebut. Aku cadangkan berhenti dan bertanya orang. Nak berhenti lak terpaksa cari tempat yang sesuai, kang naya jer kena marah dek orang sebab block jalan orang. Pusing punyer pusing kami nampak Pizza Hut, terus parking then tanya budak penghantar Pizza tu. Adik Pizza tu cakap :
"Akak terus jer jalan yang akak lalu tadi, pastu jumpa roundabout akak amik pukul 12, jumpa roundabout akak amik pukul 12, jumpa roundabout akak amik pukul 12, lepas tu akak straight ajer pastu akak akan jumpa signboard ke Bukit Cahaya", penuh semangat adik tu cakap. (thank adik pizza, korang sangat membantu kami waktu tu).
Kami ikut arahan diorang, akhirnya sampai jugak kami, Alhamdulillah... Firstly, kami makan aiskrim dulu (kebetulan ada pakcik jual aiskrim kat muka pintu masuk, pastu hari lak panas terik..) then kami menuju ke counter tiket. Dewasa dikenakan bayaran RM 3 sahaja, budak2 bawah 11 tahun free. Kat dalam taman ni ada 2 pilihan pengangkutan :
1- berbasikal, basikal boleh disewa dengan harga RM 3 untuk basikal yang agak usang dan RM5
untuk basikal yang baru.
2- bas, kat dalam ni naik bas free ajer, dah tak payah bayar dah. Bas dia pulak ala2 bas kat zoo (open
air). Sesuai untuk family yang ada anak kecik.
Kami memilih untuk naik bas jer sebab anak2 kakak aku kecik2 lagi. Setelah menunggu lebih kurang seminit, abang driver pon bawak la kami pusing2 kat dalam tu. 1st stop ialah Empangan Sungai Dua kalau tak silap aku la, kami malas nak turun kat situ sebab tujuan sebenar kami ialah rumah empat musim. 2nd stop, aku tak ingat dah apa, pon kami tak turun hinggalah sampai ke hentian Rumah Empat Musim. Kat bawah ni serba sedikit gambar yang aku sempat ambil semasa berada disana.
Belum apa2 diorang dah posing, aku pon snap jer la.
Perlu berjalan sejauh 200 meter lagi untuk ke rumah 4 musim.
Penat berjalan menuju ke matlamat.
Sudah sampai...
Inilah pintu masuk ke Rumah Empat Musim.
Welcome board - Masuk ke R4M ni, seperti terpapar kat dalam gambar kat atas ni, dewasa RM3 manakala kanak2 4-11 tahun pula RM1.
Ha..ha.. nampak sangat gambar kat belakang tu tak real.
Kesian anak sedara aku, kesejukkan. Lupa nak bawak baju sejuk untuk budak2 tu.
Even kakak aku pon tak tahan masa kat dalam ni, sejuk weeeii...
Addin ajak balik, tak tahan sejuk.
Ais kat atas dahan.
Pose jangan tak pose!
My sister's family.
Bergambar di luar bangunan R4M.
Menunggu bas untuk ke destinasi seterusnya.
Ketika menaiki bas ke Taman Haiwan.
Hisyam yang kepenatan dan kepanasan.
Santai...
Sebelum naik jambatan gantung.
Tambah tenaga setelah berjalan jauh dengan 100 Plus!
Sangkar Burung Helang
Jambatan gantung yang tak berapa nak tergantung hehe..
Indahnya bumi ciptaan Allah.
Terbang bersama helang kui kui kui..
Bas lambat sangat, amik gambau dulu la..
Last picture taken sebelum berangkat balik.
Sehari dekat sana, kami memang seronok walaupon tak sempat singgah banyak tempat. Yang penting kami enjoy selama berada kat sana dan kami dah janji untuk datang lagi ke sini. Lepas ni, kami nak cuba berbasikal pulak. Saper yang belum sampai ke sini, aku cadangkan bawak la family datang and enjoy your holiday. Wassalam.
No comments:
Post a Comment