Thursday, May 31, 2012

Budi bahasa budaya rakyat Malaysia

     Tersebutlah kisah, semalam aku ada kerja kat Celcom. Macam biasa aku akan pergi kat receptionist tu then mintak pass untuk naik tingkat ataih. Ada la 2 orang lelaki kat area depan receptionist tu duduk bersidai. Aku baru bukak mulut nak ckp ngan receptionist tu, tak semena2 muncul satu 'pakcik' ni dengan 'sopan santun' sound aku dengan muka yang penuh 'kerek'.

"Hei! tak reti beratur ker?" Sebab aku ni sound trouble sket aku tanya balik 'pakcik' tu.

"Excuse me?" sambil tersenyum.. (menyesal senyum).

     Dia reply "Tak reti beratur ker?" sambil tekankan ayat 'reti' tu kuat2.. Terasa sakit gak la hati aku ni tapi sebab terkejut dengan kesopanan dan kesusilaan 'pakcik' tu aku diam jer. Selepas selesai urusan dia yang sangat penting tu, dia jeling aku then blah.

     Budak receptionist tu muka macam bersalah giler then mintak maaf kat aku sebab customer dia yang 'sopan' tu. Aku senyum then cakap okay.. bukan salah receptionist tu pon. (Kat sini pon dah nampak yang aku ni insan teraniaya ekekekee..)

    Dah dekat setahun aku duk ulang alik ke Celcom tu utk urusan kerja and dah beratus kali pon aku pergi ke Celcom tu tak pernah aku tgk orang beratur kat receptionist tu. Lagipon bukannyer aku amik masa 2 jam nak amik pass tu, tak sampai seminit pon..

     Aku mengaku kesalahan aku sebab tak perihatin dengan keadaan sekeliling, main pakai redah jer.. Tapi kita ni terkenal ngan budi bahasa yang tinggi.. Dia boleh jer cakap, "Maaf yer dik, kami beratur kat sini. Boleh tunggu giliran tak?" Aku dengan berbesar hati akan mintak maaf then masuk lam barisan yang tak der langsung rupa barisan tu.

     Kalo la aku tak terkejut ngan 'kesopanan' dia, aku rasa aku akan jawab macam ni (dengan rupa yang penuh senyum manis dan seikhlas hati) :

"Maaf yer Encik, kurang hajar plak saya ni yer.. Terima kasih la sebab tegur saya dengan penuh berhemah. Orang macam Encik ni la yang membuatkan Malaysia ni aman!"


No comments:

Post a Comment