Friday, January 21, 2011

Anak yang bagus!!

Seorang mahasiswaa semester akhir menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi :

Ayah,

     Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta duit. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta duit sebanyak RM 1,000.00 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam Dari Anakanda,
Sarip Dol.

P/S : Saya merasa berat hati untuk mengirim surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas seperti berikut :

Kepada Sarip Dol,

     "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima."

Dari Ayah Mu.


Moral of the story, jangan cuba nak kelentong orang tua kita kerana diorang ni lebih dahulu makan garam dari kita.

No comments:

Post a Comment