Friday, December 31, 2010

Year 2010

     Pejam celik-pejam celik, tahun 2010 akan berakhir lebih kurang sejam ajer lagi. Esok akan bermula la tahun baru iaitu 2011 dan ini bermakna umur aku akan bertambah lagi setahun.. Makk.. aku dah tuaaa.. Tapi Alhamdulillah banyak yang aku perolehi sepanjang tahun 2010 ni dan aku sangat2 la bersyukur pada Illahi.

     Bercakap pasal azam baru, aku mula la kumpul semua azam yang tak tercapai tahun sebelumnya carry forward pergi tahun baru hahaa.. (tiap2 tahun pun macam tu). Tapi ada jugak la yang tercapai.. Pertama-tamanya aku berazam nak dapatkan lesen memandu pada tahun 2010 sebab dah drag beberapa tahun dah & aku berjaya dapatkan lesen memandu pada bulan 11 hari tu.. Yeahh.. Congrate to myself.

     Untuk pencapaian aku untuk tahun 2010 pulak boleh dikatakan satu perubahan yang besar la bagi aku. Alhamdulillah aku berpeluang pergi ke Jakarta, Indonesia pada bulan December lepas untuk bekerja selama seminggu. Walaupun sekejap, tapi dapat merasa naik kapal terbang dan mengenal budaya negara jiran kita. Mungkin bagi orang lain aku ni jakun kot, tapi memang aku jakun pun. Dah aku tak pernah naik kapal terbang & pergi oversea.. (Lantak la aper orang nak kata, haku peduli haper).

     Peristiwa yang besar berlaku pada tahun 2010 dan tak akan aku lupakan sampai bila2 ialah aku xcident pada bulan July. Memang tak leh nak lupa sebab meninggal kan parut yang sangat lah hodohnya kat kaki & tangan aku ni.. Dan sejak xcident jugak la, my luvly rem-it motor dah tak larat nak merempit lagi dah.. Asyik semput ajerr... cian dia.. Aku ingat lagi time kena langgar dek kereta tu.. mak aih terasa macam melayang jantung aku.. nasib baik tak cedera parah. Syukur Alhamdulillah.

     Dari segi prestasi kerja lak, aku rasa cam nak berbangga gak la dengan diri aku ni sebab boleh dikatakan banyak peningkatan dalam diri aku. Makin hari makin banyak perkara yang aku belajar tapi makin banyak kerja la jawabnya. Boleh dikatakan hari2 balik kerja lambat, sampai kakak aku pon naik angin ngan aku hehee.. Tapi nak buat macam mana, dah aku banyak kerja.

     Kenangan yang tak dapat aku lupakan pulak, banyak sangat sebab tak terkira banyaknya. Aku highlight la sikit2 yer. Antaranyer ialah percutian ngan family aku kat A Famosa. Memang seronok sangat sebab boleh enjoy2 ngan family aku. Santai ajer.. Secondly ialah hang out ngan Alfa, Niesya & Lan kat Sunway Lagoon. Memang seronok habis lah main kat sana, tapi ada terselit peristiwa yang mengharukan. Aku nangis masa naik aper nama entah menda alah tu.. tapi yang keluar dari mulur kobra tu. Takut siottt... rasa macam melayang jiwa aku. Tobat aku tak nak naik lagi dah! Yang kelakarnyer, masa nak daki naik ke kepala kobra tu, asyik tersangkut ajer.. maybe sebab kami berat sangat kot (badan sorang2 leh tahan gak hahaha..) memang kelakar gila la.. sebab terpaksa henjut2 sampai naik hhahahahaa.. itu yang paling kelakar sekali.. sakit perut aku.. (lepas tu nangis hahaha..)

     Untuk azam tahun baru pulak, aku belum prepare lagi.. tengok lah dulu, ada masa aku akan listkan (tapi bukan list kan kat sini yerr..) Apa2 pon aku harap semua yang aku azamkan akan dapat aku tunaikan pada tahun 2011.

    Akhir kata dari aku untuk tahun 2010 ni, "Year 2010 Rock!!!" dan sebagai penutup untuk 2010 "Selamat Tinggal 2010 & Selamat Datang 2011"

No comments:

Post a Comment