Tuesday, January 11, 2011

Serabut!!

     Pale otak aku betul2 serabut!!! Aku ingatkan permulaan tahun baru aku, akan smooth macam kepala Harith Iskandar, rupanyer idok.. Sakit kepala aku memikirkan pasal kerja. Dah la hari2 balik keje kol 10 ke atas. Sampaikan dah naik tersumbat telinga aku asyik duk kena perli ngan kakak2 aku.. Huhuhuuu.. kerja kerja kerja.. bila la nak habis..

     Dalam aku duk berserabut gini, sempat lagi aku ikuti perkembangan seni tahah air (chewaahh) kita ni. Anugerah Juara Lagu - 25. Perrrgghhh.. encem tol la Ally Iskandar aku tu malam tu hik hik hik.. Aku bagi A+ untuk semua pengacara malam tu.. lawaks.. memang lawakss.. ada satu lawak yang aku tak leh lupa iaitu ayat Faizal Ismail "Shup up not shut up" direct translate to melayu "Diam tak diam" aku terus bersepai gelak pecah perut. Walaupon sesetengah orang kata lawak diorang spastik tapi tidak bagi aku.

     Persembahan yang tidak dapat aku lupakan malam tu ialah persembahan dari Faizal Tahir untuk lagu Hanyut. Vocal dia perrgghh.. layan.. Memang ada kelainan dan sangat2 bertenaga (mak aih, terasa macam juri pulak hehee..) Siap basah2 lagi si FT tu.. Tapi kecewa sebab dia hanya menang untuk persembahan terbaik jer.. Aper2 pon all the best buat FT. Luv ya..

No comments:

Post a Comment