Monday, September 10, 2012

Kenal tak siapa ini?


     Kenalkah anda pada gambar diatas? Macam biasa lihat kan?? Heheheheee... Hari2 aku tgk pemilik rupa ni. Dan gambar beliau senantiasa berada dalam purse aku..


     Sebenarnya aku terjumpa satu entry pasal gambar ni kat FB. Rasa cam nak simpan lak.. tapi tak tahu nak save kat mana.. So, aku decide nak abadikan gambar ni kat blog aku ekekekeee... (nak tunjuk kat anak cucu.. kalo ada anak cucu nanti la..)

Friday, June 29, 2012

Back to the future!

     Korang ingat lagi tak cerita Micheal J. Fox Back To The Future? Tak ingat?? Korang lahir zaman bila? Owh 90an ek hehe.. gurau jer k! Kalo mana yang tak tahu tu check Google yer..  



     Walaupun aku ada koleksi cerita ni (I, II & III) tapi aku langsung tak ambik 'port' pasal tarikh bila si Marty ni pergi ke masa depan. Cuba korang tengok tarikh kat gambar dibawah... Tarikh dia semalam la.. Aku perasan sekarang ni pon bila aku tengok ex-colleague aku post pasal ni kat FB dia... 


     Tapi bila aku tengok balik cerita tu, rupa2 nya kene tipu da.. Hoax mende ni.. tipah tertipu lagi. Tarikh yang sebenarnyer ialah pada 21 October 2015. Cheh! Hidup2 kena tipu hahahaa...

Lagi tiga tahun da...

     Kepada sesiapa2 yang edit ni aku just nak cakap "Nice try". Then kepada yang terus percaya tu, buat research dulu yer..

***Don't believe everything you read on Twitter, Yesterday is the anniversary of the film's release, not the date they visit.***


Thursday, June 28, 2012

Oh Germany!!

     12:39PM, semua staf dah kuar gi makan (Bossess semua tak der hari ni.. staff pon amik kesempatan la.. kecuali aku, aku kan employee of the yearssss hehehe..) aku pon mulakan aktiviti aku..

     Germany kecundang lagi... Tak per la, tak dak rezeki depa kot.. Apa2 pon tahun2 akan datang masih ada, itu pon dah cukup baik sampai semi final.. Bak kata salah satu customer aku "Kalah tak per, kalah bergaya" hehe.. 

    Sementelah (ayat betul ke tak aku tak tahu la) Germany kalah ni adalah orang2 yang menyindir.. berdesing gak la telinga aku sebagai penyokong tegar Germany ni.. Macam2 la yang diorg duk kutuk.. Germany ayam la.. AAK??! Tapi ada satu gambar ni dia edit baik punyer.. Aku tak rasa marah pon tgk gambar ni, lawak n kelakar adalah.. Check it out!

Ekekekekee..

     Aku ada share picture ni kat facebook aku, Si Itik (refer my previous entry) kata aku tak habis2 ngan Mesut Oozil.. Katanya aku asyik duk post picture Ozil jer kat FB aku hari ni... Then aku ckp la hari ni satu picture Ozil pon aku lom post, tak baik fitnah dik.. Dengan penuh bergaya dia cakap "yang nak naik bas balik Germany tu?" Itu la.. Tak tahu diamlah (tagline MJ).. kan dah kena ngan aku... Aku pon apa lagi.. buat la sesi perkenalan antara Itik ngan 2 jejaka idaman Germany tu..


Hahaha.. marah dia bila aku post gambar ni kat FB dia..

     Okay lah, nampaknya musim bergaya Germany dah dirobek2 oleh Italy tahun ni.. tapi tak per.. jaga baik Italy.. kena la Italy ngan Spain.. Eh jap2.. bukan ker Italy pilihan ketiga aku? Alamak dalam dilemma la plak.. Nak sokong Spain ker Italy ek? Torres ker Rossi (apa daa Rossi) ek? Ah lantak la sapa menang! I'm done with Euro 2012. Adios Amigos..

Wednesday, June 27, 2012

Duit baruuuu...

     Dengar cerita duit baru Malaysia dah nak keluar.. betui ke tidak aku tak pasti... Aku dapat info ni dari http://melayukini.net . Terima kasih melayu kini.. (peace!!). Dengar cerita jugak duit2 baru ni keluar 17 Julai 2012.. haa.. dah dekat dah tu. Boleh la tukar duit2 baru ni kat bank untuk bagi duit raya tahun ni.. Baru ada class.. Tapi aku mampu yang kaler biru (RM 1) tu jer la.. yang lain mahu rabak poket aku..

     Kat bawah ni ada picture duit2 baru ni, sila la tengok yer.. Owh ya kalo korang perasan, RM20 muncul kembaliiii.. (baca tu buat ala2 ayat "tora datang lagiii.." baru ada trill! hehe) Bagi aku, dalam banyak2 duit baru ni, RM 20 paling cantik.. Kenapa? jangan ditanya sebab aku tak tahu.. pada pandangan aku RM 20 paling cantik okay! 

Ni dia RM1

Ni lak bahagian belakang RM1

RM5

RM 10

Belakang RM10

RM 20 (cantek tak?? cantek kan!)

Bahagian belakang RM20 (ada penyuuu.. asal Ganu duit ni nih! ekekeke)

RM 50

Bahagian belakang RM50

     Haaa... setuju tak ngan aku yang RM20 paling cantik? TAK? hurm.. tak per la.. :-( Okaylah, colleague aku dah nyanyi2 dah ajak balik tu (orang menumpang) so aku jalan dulu.. Adios! Owh ya, sebelum terlupa, good luck untuk Germany, semoga menang lawan Italy malam ni.. 

*nak kena singgah kedai beli coffee 3 in 1 buat bekal berjaga malam ni*








Thursday, June 14, 2012

UEFA EURO 2012

     Demam Euro dah pon bermula lebih seminggu dah. Seperti jangkaan aku, negara pilihan aku cemerlang dengan record tanpa kalah. Negara mana? Semestinya Germany haha.. 

    Kat bawah ni aku ada upload keputusan terkini (as at 13/06/2012) untuk korang view yer.. Jangan lupa update..



     Ada member aku tanya kenapa aku suka sangat kat Germany ni sebab tiap2 kali Euro @ World Cup mesti Germany jadi pilihan aku. At first, jawapan aku sebab ada Ballack, Klose, Gomez, Ozil, Podolski, Neuer & Joachim Low hehe.. tapi skang aku lebih suka kat Team Germany ni sebab corak permainan diorang memang best. Tak kira la dia lawan team mana skali pon, mesti game tu akan nampak menarik and classy. Ini opinion aku jer la.. Maybe korang tak fikir macam tu sebab korang minat team lain kan.. Pilihan no 2 aku lak Spain sebab? senang jer jawapan dia.. sebab ada Torres (Go Chelsea..) ehh melalut sampai ke Chelsea lak hehe..

 Antara orang2 kuat Germany..


Ni la dia coach paling macho kat alam semesta ni Mr. Joachim Low. Jarang nampak dia senyum.. Stress kot ngan anak2 buah ekeke..


Micheal Ballack, bekas Captain Germany. Kesian tul la kat dia, dah la cedera masa World Cup 2010, title Captain kena rampas ngan Philips Lahm pulak, nak sedih lagi pastu Ballack digesa bersara oleh si Joachim Low. Ish ish ish.. Sekarang ni Ballack dah bersara dari Pasukan Germany, dia ditawarkan untuk menyertai 2 perlawanan persahabatan bagi melengkapkan 100 perlawanan bersama2 ngan pasukan Germany namun Ballack tolak mentah sebab dia majuk, dia kata dia tidak dihargai.. :-( cian Ballack.. (sebab dia aku suka Team Germany) Kenapa aku suka Ballack? Sebab dia dpt bermain bola dengan both kaki dia, pastu dapat anugerah pemain terbaik sebanyak 3 kali tau.. Satu lagi yang aku suka, semua kelab yang dia masuk mesti dia akan pakai jersi no 13 termasuk la jersi pasukan Germany.


Haha.. Hensome tak dia ni? Ni la dia Miroslav Klose.. Suka tol la ngan dia ni.. Dia antara beberapa orang penyumbang gol kepada pasukan Germany. Posisi penyerang dan menyarung jersi no 11 ( Dalam byk2 player Germany, dia paling encem ;-) )


Lucas Podolski a.k.a Poldi antara barisan penyerang Germany. Jersi no 10 (tertera lam gambar diatas hehe) Tak nak cerita byk pasal dia ni sebab dia perasan macho hehe..


Ini dia hero Germany untuk Euro 2012 ni.. Pemain striker and menyarung jersi no 23. Nampak gayanyer dia makin menyengat sekarang ni dan Klose & Ozil lak tenggelam. Tapi biasa la.. semua orang pon ada moment diorang kan.. Cayalah Mario Gomez Garcia.. Buat yang terbaik tuk Germany yer.. Love ya..


Masa World Cup 2010, nama si Mesut Özil ni meningkat naik apabila dia tercalon untuk Golden Ball Award tapi malangnya dia tidak dinobatkan sebagai pemenang. Selaku attacking midfielder dan menyarung jersi no 8 (nombor ada ong tuh!)


Last yang aku nak highlight kat sini ialah Manuel Neuer. Susah tol la nak sebut nama goal keeper Germany ni.. Neuer ni bukan lah pilihan utama untuk World Cup 2010 tapi bila Rene Adler (pilihan utama) cedera teruk, Neuer ambil alih posisi goal keeper sepanjang World Cup. Semasa group stage, dia hanya melepaskan 1 goal sahaja ketika menentang Serbia. Untuk Euro 2012 ni plak, Joachim Low memang meletak kepercayan kepada Neuer untuk menyelamatkan gawang goal Germany (pergghh ayat aku tak leh blah langsung akakaka..) Menyarung jersi no 1 dan ada ura2 mengatakan dia gay.. tapi ada aku kesah?

     Mana yang aku tak der highlightkan kat sini bukan bermaksud tak penting. Semua penting tapi aku tak der masa yang cukup. Tak der dioang tak terbentuk la satu team kan.  


Skuad pasukan Germany nama seperti senarai dibawah.

Forwards

No.NamePG
10Lukas Podolski20
11Miroslav Klose20
23Mario Gomez23





Gambar ketika meraikan kemenangan ketika menentang Netherland 2 - 1

     Lastly, aku harap sangat yang Germany akan muncul juara untuk Euro 2012 sebab sekarang ni Germany paling cemerlang dengan 6 mata mendahului lain2 negara. All the best buat Germany..


Jersey tuk pasukan Germany. Aku ada yang color putih tu.. korang ada? ehehe..

GERMANY WITH LOVE!





Sunday, June 10, 2012

ADIK (ITIK)

     Entry kali ni khusus untuk adik aku yang aku panggil ITIK.. Hehehehee.. jangan marah ha.. Aku tak sangka lak yang dia selalu view blog aku. Maklum la dah berkurun aku tak update blog ni dek kesibukan yang amat jitu.

     Aku kenal si Itik ni masa dia keje sebagai assistant aku tahun lepas. Actually, dia ni adik colleague aku, kebetulan aku perlukan assistant so dia buat part time la. Bila lama kerja ngan Itik ni, kami makin rapat la.. Maybe sebab aku comel kot.. tak pon sebab aku baik (ekekekeke) tu yang dia senang and suka sangat ngan aku (bhahahhaa.. perasaan terlebey laks)

     Si Itik ni kecik jer orangnyer.. Baru jer lepas sambut birthday yang ke-21, konon dah dapat kunci hidup la sebab dah turn 21 tapi manja bukan main.. sikit2 nak ngadu kat Mak.. huh! macam tu konon nak idup berdikari??



     Sepanjang aku kenal dia ni, banyak gak la  kenangan manis yang terlakar.. kami tgk bola kat stadium, tgk MotoGP kat Sepang, kebanyakan ujung minggu kami layan movie kat Wangsa Walk (tu la tempat lepak kami). Kenangan pergi bercuti kat Cherating ngan dia walaupon tak hebat mana, tapi syok jugak. Tak pernah dibuat orang bercuti kat tepi pantai waktu musim tengkujuh ekekekeee..

Aku ngan dia ni rapat tu memang la 'rapat' (rapat la SANGAT!!) tapi bila time gaduh pon leh tahan gak la... Kebiasaannya aku yang akan tarik muncung riben, pastu dia mula la menggelabah nak pujuk aku ekekekee.. So, dikesempatan ni aku nak cakap yang aku bertuah sangat dapat adik macam dia walaupon kadang kala perangai dia leh tahan menguji kesabaran aku jgk la.. Terima kasih sebab selalu bagi nasihat, ceramah2 yang panjang berjela (mentang2 la nama dia sama ngan sorg ustazah tu.. dia pon sama nak bagi ceramah kat aku) dan selalu hiburkan hati aku. Walaupon bukan adik kandung aku, tapi aku rasa macam lagi rapat daripada adik kandung sendiri (kalo aku ada adik la kot, aku kan bongsu..)

     Sebenarnyer dia pernah merungut pasal aku dah lama tak update blog aku. Dia kata tak syiok la.. pemalas la... macam2 lagi lah! So, Cik Itik... jika anda membaca entry kakak mu untuk kali ini yang khusus untuk dirimu... ingin daku bertanya.. "Pueh hati?"

Thursday, May 31, 2012

Budi bahasa budaya rakyat Malaysia

     Tersebutlah kisah, semalam aku ada kerja kat Celcom. Macam biasa aku akan pergi kat receptionist tu then mintak pass untuk naik tingkat ataih. Ada la 2 orang lelaki kat area depan receptionist tu duduk bersidai. Aku baru bukak mulut nak ckp ngan receptionist tu, tak semena2 muncul satu 'pakcik' ni dengan 'sopan santun' sound aku dengan muka yang penuh 'kerek'.

"Hei! tak reti beratur ker?" Sebab aku ni sound trouble sket aku tanya balik 'pakcik' tu.

"Excuse me?" sambil tersenyum.. (menyesal senyum).

     Dia reply "Tak reti beratur ker?" sambil tekankan ayat 'reti' tu kuat2.. Terasa sakit gak la hati aku ni tapi sebab terkejut dengan kesopanan dan kesusilaan 'pakcik' tu aku diam jer. Selepas selesai urusan dia yang sangat penting tu, dia jeling aku then blah.

     Budak receptionist tu muka macam bersalah giler then mintak maaf kat aku sebab customer dia yang 'sopan' tu. Aku senyum then cakap okay.. bukan salah receptionist tu pon. (Kat sini pon dah nampak yang aku ni insan teraniaya ekekekee..)

    Dah dekat setahun aku duk ulang alik ke Celcom tu utk urusan kerja and dah beratus kali pon aku pergi ke Celcom tu tak pernah aku tgk orang beratur kat receptionist tu. Lagipon bukannyer aku amik masa 2 jam nak amik pass tu, tak sampai seminit pon..

     Aku mengaku kesalahan aku sebab tak perihatin dengan keadaan sekeliling, main pakai redah jer.. Tapi kita ni terkenal ngan budi bahasa yang tinggi.. Dia boleh jer cakap, "Maaf yer dik, kami beratur kat sini. Boleh tunggu giliran tak?" Aku dengan berbesar hati akan mintak maaf then masuk lam barisan yang tak der langsung rupa barisan tu.

     Kalo la aku tak terkejut ngan 'kesopanan' dia, aku rasa aku akan jawab macam ni (dengan rupa yang penuh senyum manis dan seikhlas hati) :

"Maaf yer Encik, kurang hajar plak saya ni yer.. Terima kasih la sebab tegur saya dengan penuh berhemah. Orang macam Encik ni la yang membuatkan Malaysia ni aman!"


Wednesday, January 25, 2012

The Wrong Mr. Right!

Did you ever fall for someone you know you shouldn't?


Try hard to fight your feelings, but you just couldn't?

You fall deeper with each passing day,

But try to hide it in every possible way.

He's only a friend, and nothing else--

That's the lie you keeping telling yourself.

You keep on saying he's just a bud,

But deep inside, you're falling in love.

You get so giddy when you meet his eyes,

But keep reminding yourself it isn't right.

A simple glance turns into a stare,

But you pretend that you don't care.

It's "not right" for you two to be.

Is that why you hide it so no one can see?

But how long will you pretend?

Keep lying that he's just a friend?

Perhaps your feelings you can never show.

Perhaps it's "wrong" for him to know.

Your friendship can't be risked over this,

So being his girl is an impossible wish...