Tuesday, September 28, 2010

Raya, raya, raya & raya.

     Alhamdulillah selamat sudah sebulan berpuasa, sekarang tiba la masanya berhari raya. Terus terang aku bagi tau, raya tahun ni aku punyer sambutan hari raya tak der la semeriah mana kerana aku tak balik kampung. Adik-beradik aku kebanyakannyer beraya di rumah mertua, so aku amik keputusan untuk beraya kat KL ajer la tahun ni, tapi sempat lagi beraya kat umah mak mertua kakak aku yang kat Purun, Pahang.

     11 hari cuti kebanyakan nyer aku habiskan dengan tidur, tengok TV, surf internet n main game ajer.. hehehee.. maklum ler, tak der mender nak buat. Nak gi jenjalan tak tahu mana nak tuju.. nak gi shopping, duit tak ader.. sudahnyer, aku n kakak aku melepak ajer kat rumah kami tu. By the way, aper yang aku nak citer kat sini sebenarnyer pasal aku punyer 'family gathering' kat umah sewa aku di Cheras. Time tu baru la terasa suasana hari raya bagi aku. Walaupon tak sumer family aku dapat berkumpul, tapi alhamdulillah ramai jugak yang dapat menghadirkan diri bersama keluarga masing2.

     Firstly, kita tengok menu yang aku n kakak aku sediakan untuk para tamu hehe..


Main menu kami ; Nasi Minyak ala Tereangganu..


Kalo dah ada nasi minyak, mesti la ada gulai ayam. First time masak untuk orang ramai, ontah sodap ontah tidak kui kui kui...


Then ada sambal belachannn.. makin teruk la resdung aku huhu..

(Gambar aku lupa nak amik, so imagine sendiri la puding kastard, pastu kat atas dia ada buah2an campuran, then disiram ngan gravy susu cair.. yummyy.. hehe)

Untuk desert lak, kami sediakan 'Puding Kastard bertatahkan Kasih Sayang'. Chewahh.. Kelas gituuu..


Untuk minuman lak, kami hidangkan air Ribena Laici (kelas kau aya hehehe...) **Sekadar gambar hiasan, ehsan dari internet.. aku lupa nak amik gambar air daaa..



Lepas tu pulak, kami sediakan Popia 3 rasa bersama pencicah, ni consider penutup hidangan la ni..



Last but not least, semestinya kuih2 raya. Kalo tak bukan majlis hari raya namanya kan!!

     Setelah kenyang menjamu selera n berbual2 bertanya khabar berita, kami turun ke taman permainan untuk bermain bunga api (acara ni khusus untuk anak2 sedara aku jer la..) Seronok tengok diorang main bunga api ngan sepupu-sepapat. Teringat kenangan zaman aku kecik2 dulu, lepas dengar pengumuman raya ajer mesti aku n abang2 aku keluar main bunga api kat laman rumah kami. Andai dapat ku undurkan masa...


Bunga api timeee.... Abang aku tgh bahagi2kan bunga api untuk anak2 sedara aku.


Kak Da n family.


Kak Jie n anak2.


Rizal n family.


Aku, Kak Inie n Arissa.


One big happy family 1


One big happy family 2


Ni la anak2 saudaraku yang tercinta..

     Sampai sudah masa untuk diorang berangkat pergi, sedih lak rasa di hati huhuuu.. Rasa cam kejap jer masa berlalu. Bila pulak agaknyer kami dapat berkumpul ramai2 macam ni. Dah famili aku ni memang suka posing, saat2 nak balik pon sempat lagi aku snap 2-3 keping gambau hehehee...


Tgk la tu, bukan main bergaya lagi diorang berposing.


Ready tinggal nak tekan minyak je tuh. Bye-bye Baby Arissaa..


Uik!! Tak sempat nak amik gambau Kak Da n famili dah gerak dah.. Sempat amik gambau bontot keta jer la hihi..

     Berakhir sudah majlis Hari Raya Family Gathering 2010 untuk family aku, tak sabar nak tunggu raya tahun depan, sebab semua adik-beradik aku balik kampung kami dulu tahun depan. Mesti raya sakan yahuuu... Akhir kata, "SAYANGI KELUARGA ANDA".

Sekian, Wassalam.


No comments:

Post a Comment