Tuesday, September 28, 2010

Cerita Tali Pinggang Keledar dan Roadblock

     Hari Isnin yang lepas, aku dan Chik keluar mencari makan dan barang2 dapur rumah kami. Macam biasa kami bergerak menuju ke Carrefour Ampang yang terletak kira2 5 minit berkereta. Sebab dekat ajer, biasanyer kami jarang pakai seatbelt. Dalam perjalanan tu, kami syok la duk borak2, borak punyer borak tiba2 ada roadblock, punya la menggelabah nak tarik seatbelt tu. Punya la takut kat polis (bukan pakai seatbelt sebab keselamatan) cepat2 kami tarik seat belt tu, tetiba lak kiri dan kanan seatbelt tu jem.. tarik2 tak keluar2, lagi la menggelabah kami dua beradik. Seb baik la time tu keta banyak, so turn kami lambat la sikit. Kami tarik pelan2 seatbelt tu baru la boleh, fuh!! legaaa...

     Masa lalu kat roadblock tu, kami senyum kambing ajer sebab rasanyer ada polis yang perasan kami duk gabra nak pakai seatbelt tadi, seb baik lepas hehehee.. lepas ni, aku janji (moga2 aku tepati la) naik ajer kenderaan (kecuali motor la, nak pakai seatbelt kat mana??) aku akan terus mengenakan tali pinggang keledar. Ini azam aku (sambil angkat tangan).

     Pengajaran kat sini, lain kali tolong la pakai seatbelt tak kira la dekat ker jauh ker, keselamatan perlu dijaga. Bukan sebab takut kena saman yer.. nanti kang sebab takutkan polis, duk menggelabah tarik seatbelt tu ada yang keta terjun longkang karang. Mintak jauh la.. Ingat! jaga keselamatan dijalan raya, "INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG"

No comments:

Post a Comment