Wednesday, March 24, 2010

My Best Friends

24/03/2010 (11:13AM) - Office
    They are my best friends, my very best friends. They make me happy, everyday. They share their great snacks, they share their great toys.  So please don't take my best friends away...

       Sahabat baik. Setiap orang mempunyai seorang sahabat baik. Aku.. aku ada ramai sahabat baik sepanjang 26 tahun 7 bulan aku hidup kat atas muka bumi ni. Kat sini aku nak ceritakan satu persatu perihal sahabat baik aku.

Yang Pertama


        Ini ialah abang aku, juga merangkap sahabat baik pertama aku. Nama dia Mohd Shahrizal ataupon panggilan manja, Ja. Umur aku dengan Ja cuma berbeza satu tahun sahaja, jadi aku memang rapat dengan Ja. Macam adik -beradik lain jugak, kami selalu bergaduh dan bermain bersama. Banyak kenangan aku dengan Ja semasa kami kecil. Tapi bila dah meningkat dewasa, masing-masing sudah mengenal dunia luar dan berjumpa dengan rakan baru. Alhamdulillah, sehingga sekarang kami adik-beradik masih lagi rapat. Ja sudah beristeri (Zulia Dzulkifli) dan mempunya 2 anak (Mohd Adamshah & Nur Ariana Fasha) dan bakal menimang anak ke 3 tidak lama lagi.

Yang Kedua


        Nor Syahida Kutom a.k.a Kak Ida. Mula kenal ketika darjah satu. Sama-sama satu kelas hingga lah ke tingkatan 3. Aku panggil dia dengan panggilan 'kak' sebab dia adalah anak sulong (panggilan dirumah) dan sebab dia sememangnya lebih tua 5 bulan dari aku he he... Sememangnya seorang sahabat yang baik. Aku juga baik dengan family kak ida kerana selalu berkunjung ke rumahnya. Semasa di sekolah rendah hubungan kami sebagai sahabat sangat rapat. boleh dikatakan kemana aku ada, dia akan ada sama.
        Tapi apabila memasuki sekolah menengah kami mengenali lebih ramai rakan. Walaupun sedikit renggang, tapi kami tetap bertegur sapa, makan tengah hari bersama dan pulang dari sekolah bersama jika berpeluang (yang mana peluang selalu tiada). Semenjak tingkatan 1 lagi aku sudah mempunyai rakan karib baru, nanti aku ceritakan perihal dia. Persahabatan aku ngan kak ida ada pasang surutnya, kejap kami bergurau senda, kemudian masing2 buat hal masing2.
         Aku tak tahu apa yang terjadi dengan persahatan kami sebenarnya, tapi tiba2 sahaja kami tidak seakrab dulu. Masuk tingkatan 4, Kak ida bertukar ke sekolah teknik. Aku? Aku tetap setia dengan sekolah lama aku, maklumlah.. result tak power sangat. Terus kami terputus hubungan. Alhamdulillah, sekarang aku dapat contact balik Kak Ida, sekarang dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata; perempuan dan sedang menunggu untuk menimang anak yang ke dua. Semoga Kak Ida sentiasa bahagia dan terima kasih kerana menjadi salah seorang sahabat yang baik.

Yang Ketiga


        Suhaila Ismail @ Ella @ Anggerik Rimba, sahabat baik aku dari tingkatan 1 hingga 3. Nama Anggerik Rimba adalah nickname Ella, manakala aku pula Purnama Merindu, salah satu trademark kami suatu masa dulu. Seronok sungguh apabila mengingati zaman sekolah menengah dulu. Zaman gila2 aku dan Ella. Bukan kami berdua sahaja waktu itu, malah kami mempunyai satu puak kami sendiri. Maria, Suhaidah, Azrita, Mariam, Mariani (sahabat baik ketika tingkatan 4, nanti aku ceritakan), Roslina dan Fida. Banyak kenangan yang tercipta waktu itu.
        Namun, ketika melangkah ke tingkatan 4, Ella diterima masuk ke sekolah teknik (sama sekolah dengan Kak Ida). Ketika awal perpisahan kami, kami sering berutus melalui surat. Makin lama, semakin berkurang sehinggalah masing2 berhenti menghantar berita. Sewaktu aku pulang dibulan puasa 3 tahun lepas, aku ada terserempak dengan Ella di bandar, kami sekadar bertegur sapa sekejap sahaja kerana dia sedang sibuk membeli belah. Itulah kali terakhir aku bertemu Ella. Tapi aku ada mendengar berita pasal dia dari rakan2 lain, dia sudah pon berkahwin dan sudah mempunyai anak (tak pasti berapa orang). Aku harap sangat2 kami dapat memulihkan persahabatan kami. Aku sayang sangat kat kawan2 aku..

Yang Keempat

        Si kecik molek ni namanya Mariani Chik a.k.a Yanie. Aku mula kenal dia sejak dari tadika lagi. Tapi sebelum ni tak pernah rapat dengan dia. Masuk tingkatan satu kami mula baik sehinggalah tingkatan 4, Ella berpindah ke sekolah teknik, aku semakin akrab dengan Yanie. Kami sama2 satu kelas dan mempunyai minat yang sama. And both of us very excellent in LK (Lukisan Kejuruteraan). Guru kesayangan kami ialah Cikgu Ismail (guru LK). Aku dengan Yanie tak pernah putus contact. Lepas SPM, dia mendapat tawaran masuk ke Polisas dalam jurusan Kejuruteraan Eletrik & Eletronik Komputer. 6 bulan aku pula mendapat tawaran dari poli yang sama dan jurusan yang sama. Tak hairan la aku ikut jejak dia sebab sewaktu memohon, kami sama2 memohon jurusan yang sama, tapi nasib lebih menyebelahi yanie apabila dia dipanggil awal.
        Sekarang Yanie menetap di Kedah dan bekerja disana. Belum berkahwin dan tetap ranggi macam dulu jugak. All the best to you my best friend!

Yang Kelima

Ain, Zaitel & Ct

        Pelajar semester pertama Politeknik diwajibkan untuk menetap di Kamsis. Disitu lah aku berkenalan dengan Zaitel Rizma Zamri @ Zaitel (my roommate), Siti Fatimah @ Ct dan Ainul Fitriah @ Ain. Zaitel merupakan roommate aku manakala Ct dan Ain pula adalah jiran sebelah bilik aku. Kami berempat memang rapat. Kebetulan semuanya berasal dari pantai timur, jadi kami mempunyai adat dan budaya dan dialek yang lebih kurang sama. 
        Semester pertama kali tempuhi bersama. Walaupon berlainan jurusan, kami tetap akrab sehingga sekarang. Zaitel & Ct sudah berkerja dengan kerajaan manakala Ain pula sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Aku masih bertukar berita dan bertemu dengan Zaitel dan Ct, tapi sudah terputus hubungan dengan Ain semenjak dia kahwin. Kenangan dengan korang tak kan aku lupa, thanks guys.

Yang Keenam


Achun & Aku

                                       Larra                                     

        Nabilah Abdul Rahim a.k.a Achun dan Larra Teoh Phikull a.k.a Larra, dua orang ni classmate aku masa belajar kat Polisas 2001-2003. Kalau kat Kamsis aku baik ngan Zaitel, Ain & Ct, tapi kat kelas dua orang ni la 'geng' aku. Kemana aku pergi diorang mesti ada skali. Memang kami bertiga sangat rapat. Masuk semester kedua, Larra tak dapat nak sambung pengajian dia kerana masalah peribadi. Aku sedih sangat, sahabat baik aku tak dapat sama2 konvo ngan aku. Lepas dia berhenti, aku terus lost contact ngan Larra. Tinggallah aku ngan Achun jer meneruskan kehidupan kami sebagai student Polisas. Achun baru sahaja berkahwin pada tahun lepas. Semoga kau berbahagia duhai sahabatku. Jangan sekali2 kau lupa akan kenangan kita bersama dulu.

Yang Ketujuh
Puteri Fauziah Amira Natasya Ibni Putera Ahmad Pa @ Fauziah Binti Pa a.k.a Gee

        Si hitam manis ni memang banyak nama dia, perasan jer lebih nak jadi princess hahahaa.. Tapi aku sayang giler kat minah ni sorang. Gee ni merupakan junior aku. Kenal dia tahun 2002 tak silap aku. Masa tu aku ni senior la. Aku jadi AJK kat Kamsis Polisas. Masa mula2 kenal, aku rasa yang dia ni naif sesangat, lepas beberapa hari kenal aku mula sayang kat budak sorang ni. Asal dari Terengganu jugak, lorat dia memang pekat la..
        Selama 6 bulan kami jalani kehidupan kat kamsis bersama, kekadang aku buli dia, kekadang dia buli aku hahahaa... Memang manis kenangan waktu tu. Roommate aku waktu tu tak "sebulu" sangat dengan aku, jadi apa2 aku luahkan kat Gee la, sorry bebanyak yer Gee sebab terpaksa dengar Kak Aya merapu yer.. Gee pon baru kawen tahun lepas (adik angkat aku dah kawen, aku bila lagi???). Sekarang menetap di Kuantan dengan suami tercinta. Alhamdulillah, kami masih berhubung dan hubungan kami masih rapat seperti dulu dan moga2 persahabatan kami akan berpanjangan hingga cucu2 & cicit2 kami pon akan berkawan rapat. Amin.

Last but not least

Alfa Delilah Ahmad @ Affa

        Ni adalah sekutu aku dalam buat perkara2 notty hehehe.. Namanya Alfa Delilah Binti Ahmad, berasal dari Seremban. Aku kenal dia semasa kami sama2 menyewa di Perumahan Semambu untuk semester 3 & 4. Affa pernah menjadi senior aku di kamsis sewaktu aku baru masuk Polisas. Kalo diikutkan, perangai aku ngan dia jauh berbeza, but we share a lot of interest together. Waktu tu, kami selalu keluar ke Pantai Teluk Chempedak untuk melepaskan perasaan (macam la selalu pressure). Memang banyak kenangan yang kami tempa bersama seperti mengikuti program khidmat bakti di Jengka 23 (kalo tak silap la.. lupa la beb!),  memanjat Gunung Senyum, lepak di TC, merempit (hahahhaa... baru dapat motor, tu yang rempit tu..), bonceng motor dari Kuantan ke Terengganu (krem bontot aku masa tu..) terlanggar tahi lembu ketika pulang dari Sekayu (habis satu motor tukar warna hijau yakkk!!!) dan banyak lagi yang aku tak dapat nak sebut kat sini. Memang seronok!
        Affa sekarang bekerja di jabatan kerajaan di Putrajaya. Kami masih lagi seperti dulu, sentiasa mengirim berita dan bertemu bila ada kelapangan. Dia sekarang tengah mabuk bercinta, so maybe tak lama lagi aku merasa la makan nasi minyak Affa n merasa jejak kaki ke Seremban. Amin..

Yang belum ku temui

Mr. X

        Setakat ni ramai dah sahabat baik yang aku jumpa, dan aku sayang semuanya. Tapi aku belum jumpa lagi sahabat baik aku yang akan sentiasa berada disisi aku dunia dan akhirat. Aku harap aku akan jumpa dalam masa yang terdekat ni hehe.. Sekali lagi, amin..

Rumusan


        Rumusan yang dapat aku buat kat sini ialah kita bukannya terhad kepada seorang sahabat baik sahaja. Sebab semakin kita meningkat dewasa, semakin bertabah kenalan kita dan tidak semestinya sahabat ketika kecil akan bersama2 kita ketika kita dewasa (mendalam tu..).
        Kata sesetengah orang aku ni sombong, so bagi aku, semua yang pernah dan masih menjadi sahabat baik aku adalah the best sebab berjaya mendapat tempat lam hati aku. Aku cukup gembira sebab korang pernah hadir dalam hidup aku dan meninggalkan jejak yang mendalam. Thanks to all of you & luv ya!

"Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born." By Anais Nin


Friday, March 12, 2010

Bukit Tinggi Berjaya Hills

14 Februari 2010

        Di pagi hari Sabtu, aku ngan Kak Inie memulakan langkah kami ke Bukit Tinggi Berjaya Hills. Ikutkan tak tahu sangat jalan2 kat atas sana tapi kami redah jer. Ini kali ke-2 kami ke sana. Kali pertama, keluarga Ja & keluarga Kak Da ada sekali.
        Kereta kelisa milik Kak Inie meluncur laju di Lebuhraya Pantai Timur, menempuh tol Gombak (RM 5), dan terus memanjat jalan berliku ke Bukit Tinggi. Entrance kena bayar RM 10 per kepala.

RM 10 untuk entrance ke Colmar Tropical & Japanese Village.

First destination, COLMAR TROPICAL

Sampai sana lam pukul 11.15 pagi, kami tuju ke Colmar Tropical ni. Kat sini banyak tempat cantik untuk ambil gambar.




Ni tempat angsa besar, 1st time datang angsa tu patuk tangan anak saudara aku. Kesian Addin, nangis tak berenti2.




Rasa cam model lak wakakakakaaa...



Ha.. kat sini pon ada kalo rasa nak gambar karikatur. Aku tak buat, mahal la aku tak mampu hehe.. Okay, aku nak panjat menara tu plaks.


Gambar ni aku amik dari atas menara. Huhuhu.. penat gak manjat. Tapi kalo sesiapa yang rasa tak larat nak panjat tapi terasa nak naik menara ni jangan bimbang sebab menara ni ada lift.

Meleleh air liur aku tgk kolam renang tu. Kalau dapat berendam dihari yang panas ni syok nih!







Suka betul ngan design bangunan kat sini. Bestnyer kalo rumah aku macam ni wakakaka..

Banglo saper la kat tgh2 bukit tu.. dapat tido semalam pon jadi la hehe..

Gambar ni aku snap pokok kat situ, nampak unik tol la dahan pokok tu.

Cubaan untuk meng'unik'kan gambar hehehe..

Kat bawah ni antara gambar2 yang sempat aku snap semasa kat Colmar Tropical.










Ni last picture yang aku amik semasa kat Colmar Tropical.

Second destination, JAPANESE VILLAGE


Tunggu punya tunggu punya tunggu bas asyik penuh ajer, kami amik keputusan untuk daki jer bukit tu ke Japanese Village. Kalo naik bas tu dah terlepas peluang untuk bergambar kat sini yer dak?

Syok tengok brother tu amik gambar orang, tak perasan langsung aku amik gambar dia.


Sampai kat atas sana (lelah la jugak), kami menuju ke Botanical Garden.





 





Then kami ke Japanese Garden & Japanese Tea House. Jugak melintasi Tatami Spa.






Kalau teringin nak pakai kimono, kat sini diorang kenakan bayaran RM 20 untuk pakai dan amik gambar sekali. Aku yang miskin ni setakat tengok boleh la hehe..

Dalam pukul 2.30 kami bergerak pulang, perut pon dah nyanyi lagu keroncong mintak diisi. Kalau tak kerana kelaparan, mungkin kami singgah kat Rabbit Valley tak silap aku namanya. Kat situ kuda pon ada gak. Entrance fee RM 3 sahaja. Sapa yang ada anak boleh bawak anak naik kuda kat sini. Bayaran dia aku tak ingat la plak. Rumusan aku, Bukit Tinggi ni sesuai la untuk bawak family 1 day trip.